Wednesday, April 8, 2015

musim bersilih ganti...

Musim bunga datang lagi...

Menariknya ada beberapa perkara yang berlaku dalam proses pertukaran musim ini. 

Pertama (Waktu):

Perubahan waktu siang yang lebih panjang menunjukkan perubahan waktu solat juga berlaku. Menariknya kalau di Malaysia perubahan waktu solat adalah lebih kurang sama antara negeri, paling tidakpun mungkin berbeza detik minit sahaja. Contohnya, tahun 2014 berbuka puasa di Terengganu, dapat berbuka lebih awal daripada ibu ayah dan keluarga di utara. Tetapi tahun 2015 ini, berpeluang untuk berpuasa lebih daripada 12 jam. Semoga Allah permudahkan urusan ibadatku nanti. Kalau tengok hujung bulan April ni sahaja Isyak masuk pukul 10 malam. Subuh pula masuk seawal 4 pagi dan habis sekitar pukul 6. Menarik :) 

Kedua (Nak dilihat cantik):

Musim bunga adalah musim yang terbaik untuk buang jauh-jauh kot anda yang tebal-tebal itu. Pakaian pun kena ala-ala 'spring'. Ceria dan menarik. Tetapi, pandangan mata perlu dijaga. Bukan setakat masalah silau dek panas mentari tetapi juga pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan manusia-manusia yang berpakaian bertemakan 'musim bunga'. Apabila kot dan baju tebal boleh disimpan rapi dalam almari, maka pakaian 'musim bunga' yang nipis dan tidak cukup kain menjadi pilihan. Tidak kira lelaki atau perempuan semuanya akan ambil kesempatan untuk 'suit the weather'. Alahai...mataku...aduh. I opted to be different. Sebab tu baju musim sejuk boleh recyle pakai musim bunga, musim panas dan seterusnya. Konklusinya jimat duitku nak tukar-tukar baju. Menariknya kita yang tutup aurat ni pula jadi perhatian. :P

Ketiga (Bunga-bunga hati): 

Bunga-bunga dalam hati? Kata orang 'mood' manusia akan berubah jika kena dengan cuaca. Harapanku mood untuk menulis juga berubah setelah siang lebih panjang dari malam. Kesimpulannya lebih banyak masa yang perlu dihabiskan di perpustakaan nanti. Dan...dah nak masuk 7 bulan di sini sudah tentu soalan cepu emas dari sedara sekeliling tak boleh di elakkan. Bila lagi nak kahwin? Dah jumpa jodoh ke belum? Aih, banyak mata biru dan hijau kat situ tak kan lah takde yang berkenan? Memilih sangat ni...adoi...soalan sv pasal research pun masih boleh dijawab dek akal ini. Sabar. Allah kan ada. Soal jodoh, maut, rezeki semuanya pada Dia. Jadi kenapa kita perlu tekan orang lain dengan persoalan yang sudah tentu dia tak dapat jawab. Kepada yang suka bertanya, cubalah rasa empati pada yang ditanya. Konklusinya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini :)

Keempat (Detik-detik untuk berusaha): 

Bulan April dah bermula, tinggal sebulan lebih je sebelum submission. Inilah detik-detik berharga untuk menyiapakn penulisan supaya dapat upgrade dari tahun pertama ke tahun kedua. Semoga Allah permudahkan urusanku. Amin :)

Credit to Cik Zai for this springy picture :)


Tuesday, March 3, 2015

I wish....I wish...I wish...what I want actually? hurmmmm

Assalamualaikum

Entry kali ini mengenai 'I wish' :) Dalam meniti perjalanan hidup ini banyak yang kita harapkan dan 'wishes' untuk dapat, capai, gapai dan sebagainya. Sampaikan kalau siapa yang rajin shopping online to (again kena batang hidung sendiri) akan tahu ada satu pautan 'wishlist'. Kita boleh select barang apa yang kita nak dan post dalam platform laman sosial (instagram, facebook, twitter, dan lain-lain), dengan harapan (wink, wink) supaya ada yang sudi menghadiahkan kita dengan barang yang didambakan tadi. 

Anyway, nak bercakap mengenai 'wish' ini, semasa melakukan kembara melihat kebesaran Allah bersama dengan sahabat baik, kami berdua terjumpa sebatang pokok yang sangat unik. Batang pokok tersebut telah ditebang dan diletak di bahagian depan pathway historic park yang kami masuk. Uniknya kerana tertanam beribu-ribu keping coins yang datang daripada pelbagai abad. Mengikut mitos kepercayaan penduduk Great Britain, perbuatan memaku duit syiling merupakan amalan turun temurun penduduknya yang ingin membuat 'wish'. Hinggakan pokok-pokok unik ini dapat ditemui di serata hutan Inggeris. Interesting!

Hal ini membuatkan penulis introspeksi mengenai amalan di atas. For me as a muslim, tidak perlu semua itu kerana cukuplah doa sebagai platform untuk memohon kepadaNya. Cukuplah doa sebagai senjata mukmin yang inginkan kejayaan (tapi jangan lupa, perlu diiringi dengan usaha dan usaha dan usaha, dan...). Itulah indahnya Islam, tidak perlu memaku duit untuk mendapatkan sesuatu, Tidak perlu perantaraan untuk memohon daripadaNya. Cukuplah dengan berdoa dan yang indahnya mengenai Islam ini kita boleh berdoa secara terus, minta direct daripada Allah. Wow! Tetapi, berdoa ada juga adabnya yang perlu kita ikut dan terdapat pula pencahan doa-doa yang diterima. Sila rujuk kepada penulisan-penulisan yang berwibawa mengenai hal ini :) 


  5.26 pm (UK)
nas2015

Cabang jalan ke syurga...

Assalamualaikum

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" 
(HR Muslim)



Menuntut ilmu adalah satu perkara yang sangat disaran dalam Islam. Tidak kira sama ada bagi perempuan atau lelaki, kedua-duanya dituntut untuk mencari ilmu. Saya bukanlah seorang pelajar yang boleh dikategorikan 'brilliant' di bangku sekolah, bahkan result SPM bukanlah 'flying colours' seperti kawan-kawan yang lain. Tetapi berkat doa ibu ayah, keluarga, guru dan sahabat-sahabat di sekeliling membolehkan saya berada di sini. Resepi yang dipegang utuh saya ialah USAHA + DOA + TAWAKAL. Ketika zaman hingusan yang belum matang lagi, resepi tadi hanya difahami 50% sahaja. Sebabnya bahagian TAWAKAL itu yang paling saya tak faham. Kenapa? Dulu masa zaman matrikulasi belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita nak jadi seorang doktor perubatan. Tetapi impian tak tercapai, kerjaya sebagai pendidik menjadi pilihan. I was very reluctant at that time, my heart was in denial to be a teacher. I was reluctant because I have introvert personality, shy to mingle around. Nak bercakap di depan tok sah katalah. "Allah know what is the best for you Kakngah. Be  a TEACHER, and be SINCERE in your learning. InshaAllah you'll succeed." that was my mom advise to me when I felt devastated at that time. Those days...Ya Rabb, how immature I was. Alhamdulillah, semakin usia meningkat ni semakin faham maksud Usaha, Doa, Tawakal dan Ikhlas dalam menuntut ilmu. Semoga dengan rasa cinta yang Allah timbulkan dalam hati ni akan terus diberi kekuatan untuk meneroka jalan ilmu, antara cabang jalan syurga yang Allah sediakan untuk diri ini dan yang lain. Semoga Allah permudahkan juga urusan para sahabat dan pembaca blog ini untuk terus mencari ilmu demi Islam. Amin 

4.23 am (UK time)
Mencuri masa menulis tesis 
nas2015

Sunday, March 1, 2015

Hidup segan, mati tak mahu :P

Pepatah Melayu 'Hidup segan mati tak mahu' memang tepat kena batang hidung sebab penulis blog ni memang penyegan sungguh nak menulis. alahai...dua tiga tahun lepas got caught up dengan kerja dan persiapan nak sambung study. InshaAllah akan cuba mengaktifkan semula blog ni. malu je, siap ada icon i love my blog tapi.....(huhuhu)






Muezza, our beloved cat ni lebih rajin dari tuan dia :)
sekurang-kurangnya dia rajin tidoq...hehehe

Thursday, February 24, 2011

Bicara 'INTERLOK': Membuka 1001 perspektif

Bicara Interlok....apa yang istimewa sangat sampai kena buat satu diskusi mengenai novel hasil tulisan Abdullah Hussain ni? Penulis terpanggil untuk membicarakan mengenai isu ini setelah menghadiri satu seminar khas yang diadakan di Universiti Sains Malaysia pada hari ini di Bilik Seminar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, bermula jam 9.00 pagi sehingga pukul 12.45 petang.....Gerak hati penulis sebagai ahli bahasa (cewah, angkat bakul sendiri, Insyaallah, dipermudahkan Allah untuk menjadi salah sorang tenaga pendidik bidang bahasa kelak, angan2 tapi bukan angan-angan mat jenin....heheheh, ok, ok berbalik kepada perbincangan yang hendak diketengahkan di sini, biarlah penulis mulakan dahulu dengan pengenalan dan persoalan yang ditimbulkan dalam Bicara INTERLOK, kemudian kronologi serta kesimpulan yang ingin penulis sampaikan...)

Pengenalan


Novel INTERLOK telah dihasilkan 40 tahun yang lalu oleh Abdullah Hussein bersempena dengan sayembara 10 tahun Malaysia merdeka secara tidak semena-mena telah bergegar kebelakangan ini. Ini berikutan novel ini adalah karya sastera Melayu pertama yang dibakar di Malaysia, bahkan gambar sasterawan negara Abdullah Hussein turut dipijak dan dibakar atas alasan mengandungi perkataan "Pariah" (maaf saya perlu telus di sini, sebab isu ini timbul disebabkan perkataan ini"). INTERLOK edisi pelajar telah dipolitikkan dan dituduh  menghina kaum India di Malaysia. Malahan, ada parti politik serta beberapa NGO (jika anda seorang yang berfikir dan mengikut arus semasa anda tahu badan mana yang saya maksudkan) menyarankan supaya novel ini ditarik semula daripada KOMSAS Tingkatan 5. Sesudah demonstrasi, pembakaran, pelbagai diskusi dan tulisan yang mendapat liputan meluas daripada pihak media, pihak Kementerian Pelajaran mengumumkan, Interlok bagus, justeru kekal dalam KOMSAS, tetapi dengan sedikit PINDAAN.

Sehubungan itu, PPIK USM telah menganjurkan program seumpama ini bagi membincangkan beberapa persoalan daripada pelbagai perspektif dan sudut pandang. Berikut adalah persoalan-persoalan yang ditimbulkan:

(1) Apakah INTERLOK mereka-reka perkara yang tidak ada? Benarkah ia menghina kaum India? Adakah INTERLOK novel yang baik untuk KOMSAS Tingkatan 5?

(2) Apakah penyelesaian yang terbaik sekitar kontroversi ini: Dipinda untuk masuk dalam KOMSAS? atau dikeluarkan dari KOMSAS? atau bagaimana?

Kronologi Bicara INTERLOK


8.30 pagi    - penulis dan rakan (cik sofiah) terkedek-kedek pergi mendaftarkan diri dengan harapan masih    banyak lagi kerusi kosong. Alhamdulillah, kami berdua dapat duduk barisan hadapan.

9.00-9.30 pagi - ucapan perasmian oleh Yg. Bhg. Professor Dato' Md. Salleh Yaapar, Pengarah Penerbit USM dan Professor di Bahagian Kesusateraan, PPIK USM.

9.30-9.40 pagi - sesi video : Yang Dicalar dan Yang Dibakar (penulis yang kadangkala terlalu asyik dengan dunia pelajar sehingga lupa dengan dunia luar, dalam erti kata lain jarang baca/tengok berita, agak terkejut dan sedih dengan video yang dipaparkan terutamanya ketika novel dan gambar penulis INTERLOK dibakar, dipijak, dihenyak dengan kaki manusia-manusia yang menggelar diri mereka pejuang kaum).

9.40-10.15 pagi - Makan pagi dan sidang media (Penulis dan rakan tak mau makan sebab baru ja sarapan pagi, dan sudah tentunya sidang media itu untuk para pembentang, bukan untuk kami, tapi sekurang-kurangnya dapat pengalaman macam mana sidang media secara langsung berlaku...hehehehe)

10.15 - 10.45 pagi - Pembentang 1: Prof Madya Suhaimi Abdul Aziz (Pensyarah PPIK USM)
"Interlok dalam jaringan politik pecah dan perintah" Disebabkan Prof adalah seorang pensyarah sejarah, maka isu yang dibincangkan di sini dikaitkan dengan sejarah. Isu yang ditimbulkan di sini ialah Interlok dipolitikkan oleh pihak ke-3 dalam jaringan politik pecah dan perintah dengan membesarkan isu perkataan dan kasta yang wujud dan novel ini telah menjadi mangsa permainan politik golongan ke-3 tersebut. Prof cakap fikir-fikirlah sendiri sapa orang ke-3 tu. Sebanyak 80 ++ orang menjadi saksi, jadi tidak akan timbul isu orang ke-3 ni merujuk kepada sapa2 ye.

10.45 - 11.05 pagi - Pembentang ke-2: Prof Madya Subadrah Madhawa Nair (Pensyarah PPIlmu Pendidikan, USM). Isu yang ditimbulkan di sini banyak oleh Prof Subadrah dan pandangan tersebut dibuat dari sudut pendidik yang mana novel ini diguna pakai dalam sistem pendidikan negara, jadi kesannya adalah terhadap para pelajar.

11.05 - 11.30 pagi - Pembentang ke-3: Tuan Haji Azizi Haji Abdullah (Sasterawan, Pemenang Anugerah MASTERA dan SEA Write Award). Perbincangan dari sudut sorang ahli sastera yang terkilan dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang dangkal apabila melayan sebuah karya seperti sampah. Realitinya itu memang sikap orang Malaysia, terlalu mengagung-agungkan karya-karya orang luar....secara jujurnya penulis juga pernah mempunyai perasaan ini sebelum diperkenalkan dengan ilmu kesusateraan secara mendalam. Di sekolah penulis cuma didedahkan macam mana nak analisis satu komponen sastera secara asas sahaja, malah pada zaman penulis bergelar pelajar sekolah, karya-karya yang diketengahkan kepada penulis ialah karya Shakespeare, Blake, etc...(yang tidak dinafikan memang hebat tetapi mengapa tidak perbanyakkan karya-karya Malaysia yang besifat lebih dekat dengan budaya seorang Malaysia)

11.30 -12.35 tgh - Sesi perbincangan dan soal jawab (ooooo, panas-panas sungguh dewan itu, walaupun hakikatnya sangat sejuk waktu pembentangan proposal defense dulu, hehehehe) Banyak soalan, komentar yang ditimbulkan daripada pelbagai pihak, bahkan terdapat juga suara mahasiswa yang lantang bercakap yang mana ini menunjukkan kematangan mereka berfikir, malah ada jugak yang turun jauh dari UPM untuk turut serta dalam sesi ini. Prof Mohamad Haji Salleh, Dr. Fatimah Busu adalah antara sasterwan yang berada dalam dewan tersebut, dan penulis sangat-sangat teruja dapat berjumpa mereka secara 'live'...hehehe.

12.35-12.45 tgh - Deklamasi puisi oleh Marzuki Ali yang bertajuk "Yang Dicalar dan Yang Dibakar"....hebat, awatlah penulis tidak kreatif seperti mereka ya, nak tulis puisi, sedangkan pantun 4 kerat pun tak lepas...aihhhh

12.45 tgh - Bersurai dan penulis bergerak ke perpustakaan untuk memulangkan buku serta membayar denda...huhuhu RM 7.00 tuuu...

Jadi, konklusinya (berdasarkan kefahaman dan pendapat penulis yang daif):

Pertama, isu sensitif ini tidak akan timbul jika segelintir pihak tidak mempolitikkan novel ini, kerana sudah 40++ tahun novel ini diterbitkan.

Kedua, isu ini timbul apabila dijadikan komponen Sastera Tingkatan 5, kerana para pendidik merasakan perlunya fakta yang betul dalam novel tersebut bagi mengelakkan percanggahan fakta dalam kalangan pelajar. Dan pihak Kementerian telah bersetuju untuk meminda beberapa baris (16 baris) dan beberapa perkataan yang kurang sesuai bagi para pelajar. Hal ini telah dipersetujui oleh Abdullah Hussein sendiri.

Persoalannya, siapakah pihak ketiga tersebut? apakah agenda mereka mempolitikkan isu ini sehingga INTERLOK menjadi mangsa permainan politik mereka? Renung-renungkanlah setiap daripada kita Allah anugerahkan akal fikiran yang terletak di kepala yakni kedudukannya lebih tinggi dari hati yang kadangkala terbawa-bawa dengan emosi. ^_^

Kemudiannya, penulis suka akan satu persoalan yang ditimbulkan Prof Suhaimi, jika isu 'P' sangat sensitif dan perlu dipinda, bagaimana pula isu Melayu Malas yang turut wujud dalam novel tersebut? Kenapa tidak perlu dipinda sedangkan itu jugak satu bentuk stereotype kepada masyarakat Melayu. Adakah isu Melayu Malas ini tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu? Penulis sebagai seorang yang Allah jadikan dalam suku bangsa Melayu, yang meletakkan agama Islam sebagai jalan hidup, tidak boleh menerima stereotype ini bahawa Melayu malas kerana bukan semua melayu itu malas, sebab penulis tidak malas (boleh terima ke???? ini pandangan peribadi)

Kesimpulannya, Bicara INTERLOK anjuran USM ini sangat bagus kerana telah membuka pelbagai perspektif dan ruang bagi membicangkan secara intektual isu ini. Penulis bertuah dan bersyukur kerana hari ini   Allah telah memilih penulis untuk duduk sama dalam majlis tersebut. Alhamdulillah ^_^

Sekian sahaja...hmmm dah lama sungguh tak update blog ni. Adakah penulis sorang yang malas? =)

Wednesday, September 15, 2010

MerDeka! MerDeka! SeLamat Hari MaLaysiA

Salam, waaa dah lama tak menulis...sibuk sangat dengan persiapan dan sambutan raya, rumah terbuka dan paling tak boleh lupa tugasan yang kena siapkan sebelum buka cuti semester ni..huhuhu...takpelah, adat orang belajar (kata-kata daripada mama)...

Tujuan penpencil&keyboard menulis kali ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia (16 September 2010). Hari Malaysia ini pertama kalinya dijadikan cuti am bagi tahun 2010 ini bersempena dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu membentuk satu negara berdaulat iaitu Malaysia. Tak banyak yang penpencil&keyboard nak tekankan dalam post ni cuma nak 'publish' satu sajak hasil nukilan dua pelajar SMK Khir Johari, Sungai Petani Kedah. Sajak ini dihasilkan mereka berdua bersempena dengan Hari Kemerdekaan, dan setelah dipujuk beberapa kali akhirnya berjaya jugak mintak kebenaran dari kedua-dua orang pelajar ni (paksa rela kata mereka...hihihi)


Kemerdekaan!
Di sini, 
Lahirlah pejuang muda,
Tanpa sebarang senjata,
Hanya mencengkam,
Panji kebebasan,
Menentang, menuntut,
Kemerdekaan.

Bumi Malaya ini,
Tumpahnya darahku,
Tumpahnya darah nenek moyangku,
Tangisan dan keperitan mereka,
Menjadi hiburan kepada,
Syaitan yang bertopengkan manusia.

Dalam hidup yang penuh kesengsaraan ini,
Timbullah pejuang-pejuang bangsa,
Yang ingin menuntut hak mereka,
Hidup dengan kebebasan,
Dari belengu penjajah rakus.

Kemunculan mereka,
Bagaikan sang Mentari,
Yang memecahkan Kegelapan,
Keperitan dan Kesusahan,
Hidup ini....

Tanggal 31 Ogos 1957,
Tarikh keramat ini,
Menjadi titik Permulaan,
Menandakan, Berakhirnya,
Era penjajahan,
Dan berakhirnya,
Penderitaan Bangsa-bangsaku...

Duhai Ibu Pertiwiku,
Teruskanlah MERDEKA, 
Dan Jadikanlah, 
NegaraKu Aman Damai...

Tiada lagi Peperangan!
Tiada Lagi Penjajahan!
MerdeKa, MerdEka



Hasil Nukilan, 
Fatin Rahaina Bt. Ahmad Sani
Nuratiqah Bt. Azlan


(2 Elit 1, SMKKJ)

Thursday, August 26, 2010

Allah knows the BEST......

Salam,

It is true that fate, destiny is in the hand of Allah. Last night, after Terawikh, I met again with my bestfriend. It been five long years (to some 5 years might not be long, but for me it is long because we're a close friends back in Kolej Matrikulasi Pulau Pinang). She still looks same to me, but of course more mature than five years before. At first, I got a glimpse of her in a car that park very near to my friend's car. I said to myself, naahhhh, that's  just an imagination only kot...because it's quite tiring yesterday, huhuhu =(. Then, back in my room I received a call none other from Syairah, and she said she want to meet me. Of course I said yes straight away. She came to my room and in the first place we hugged each other and cries our eyes out (I really miss my friends)....Then, of course we chatted and exchanged out news about each other's life. It seems that most of my friends start to proceed with new responsibility (going to be someone's wife =P) I'm very happy with them, and hope I can attend their wedding day =) And some of my friends already have their firstborn baby. Congrats to Aminah Subri and Hassan in getting their firstborn baby boy which is very cute. To Muhammad Amin Hussaini, aunty ShaFa hopes that when you grow up you will be just like your ummi and abi, and be good to your parents. Be a good Muslim, insyaAllah.....
  
~Every Child Has Dream, It Is Our Responsibility To Make It~