Wednesday, September 15, 2010

MerDeka! MerDeka! SeLamat Hari MaLaysiA

Salam, waaa dah lama tak menulis...sibuk sangat dengan persiapan dan sambutan raya, rumah terbuka dan paling tak boleh lupa tugasan yang kena siapkan sebelum buka cuti semester ni..huhuhu...takpelah, adat orang belajar (kata-kata daripada mama)...

Tujuan penpencil&keyboard menulis kali ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia (16 September 2010). Hari Malaysia ini pertama kalinya dijadikan cuti am bagi tahun 2010 ini bersempena dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu membentuk satu negara berdaulat iaitu Malaysia. Tak banyak yang penpencil&keyboard nak tekankan dalam post ni cuma nak 'publish' satu sajak hasil nukilan dua pelajar SMK Khir Johari, Sungai Petani Kedah. Sajak ini dihasilkan mereka berdua bersempena dengan Hari Kemerdekaan, dan setelah dipujuk beberapa kali akhirnya berjaya jugak mintak kebenaran dari kedua-dua orang pelajar ni (paksa rela kata mereka...hihihi)


Kemerdekaan!
Di sini, 
Lahirlah pejuang muda,
Tanpa sebarang senjata,
Hanya mencengkam,
Panji kebebasan,
Menentang, menuntut,
Kemerdekaan.

Bumi Malaya ini,
Tumpahnya darahku,
Tumpahnya darah nenek moyangku,
Tangisan dan keperitan mereka,
Menjadi hiburan kepada,
Syaitan yang bertopengkan manusia.

Dalam hidup yang penuh kesengsaraan ini,
Timbullah pejuang-pejuang bangsa,
Yang ingin menuntut hak mereka,
Hidup dengan kebebasan,
Dari belengu penjajah rakus.

Kemunculan mereka,
Bagaikan sang Mentari,
Yang memecahkan Kegelapan,
Keperitan dan Kesusahan,
Hidup ini....

Tanggal 31 Ogos 1957,
Tarikh keramat ini,
Menjadi titik Permulaan,
Menandakan, Berakhirnya,
Era penjajahan,
Dan berakhirnya,
Penderitaan Bangsa-bangsaku...

Duhai Ibu Pertiwiku,
Teruskanlah MERDEKA, 
Dan Jadikanlah, 
NegaraKu Aman Damai...

Tiada lagi Peperangan!
Tiada Lagi Penjajahan!
MerdeKa, MerdEka



Hasil Nukilan, 
Fatin Rahaina Bt. Ahmad Sani
Nuratiqah Bt. Azlan


(2 Elit 1, SMKKJ)