Thursday, February 24, 2011

Bicara 'INTERLOK': Membuka 1001 perspektif

Bicara Interlok....apa yang istimewa sangat sampai kena buat satu diskusi mengenai novel hasil tulisan Abdullah Hussain ni? Penulis terpanggil untuk membicarakan mengenai isu ini setelah menghadiri satu seminar khas yang diadakan di Universiti Sains Malaysia pada hari ini di Bilik Seminar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, bermula jam 9.00 pagi sehingga pukul 12.45 petang.....Gerak hati penulis sebagai ahli bahasa (cewah, angkat bakul sendiri, Insyaallah, dipermudahkan Allah untuk menjadi salah sorang tenaga pendidik bidang bahasa kelak, angan2 tapi bukan angan-angan mat jenin....heheheh, ok, ok berbalik kepada perbincangan yang hendak diketengahkan di sini, biarlah penulis mulakan dahulu dengan pengenalan dan persoalan yang ditimbulkan dalam Bicara INTERLOK, kemudian kronologi serta kesimpulan yang ingin penulis sampaikan...)

Pengenalan


Novel INTERLOK telah dihasilkan 40 tahun yang lalu oleh Abdullah Hussein bersempena dengan sayembara 10 tahun Malaysia merdeka secara tidak semena-mena telah bergegar kebelakangan ini. Ini berikutan novel ini adalah karya sastera Melayu pertama yang dibakar di Malaysia, bahkan gambar sasterawan negara Abdullah Hussein turut dipijak dan dibakar atas alasan mengandungi perkataan "Pariah" (maaf saya perlu telus di sini, sebab isu ini timbul disebabkan perkataan ini"). INTERLOK edisi pelajar telah dipolitikkan dan dituduh  menghina kaum India di Malaysia. Malahan, ada parti politik serta beberapa NGO (jika anda seorang yang berfikir dan mengikut arus semasa anda tahu badan mana yang saya maksudkan) menyarankan supaya novel ini ditarik semula daripada KOMSAS Tingkatan 5. Sesudah demonstrasi, pembakaran, pelbagai diskusi dan tulisan yang mendapat liputan meluas daripada pihak media, pihak Kementerian Pelajaran mengumumkan, Interlok bagus, justeru kekal dalam KOMSAS, tetapi dengan sedikit PINDAAN.

Sehubungan itu, PPIK USM telah menganjurkan program seumpama ini bagi membincangkan beberapa persoalan daripada pelbagai perspektif dan sudut pandang. Berikut adalah persoalan-persoalan yang ditimbulkan:

(1) Apakah INTERLOK mereka-reka perkara yang tidak ada? Benarkah ia menghina kaum India? Adakah INTERLOK novel yang baik untuk KOMSAS Tingkatan 5?

(2) Apakah penyelesaian yang terbaik sekitar kontroversi ini: Dipinda untuk masuk dalam KOMSAS? atau dikeluarkan dari KOMSAS? atau bagaimana?

Kronologi Bicara INTERLOK


8.30 pagi    - penulis dan rakan (cik sofiah) terkedek-kedek pergi mendaftarkan diri dengan harapan masih    banyak lagi kerusi kosong. Alhamdulillah, kami berdua dapat duduk barisan hadapan.

9.00-9.30 pagi - ucapan perasmian oleh Yg. Bhg. Professor Dato' Md. Salleh Yaapar, Pengarah Penerbit USM dan Professor di Bahagian Kesusateraan, PPIK USM.

9.30-9.40 pagi - sesi video : Yang Dicalar dan Yang Dibakar (penulis yang kadangkala terlalu asyik dengan dunia pelajar sehingga lupa dengan dunia luar, dalam erti kata lain jarang baca/tengok berita, agak terkejut dan sedih dengan video yang dipaparkan terutamanya ketika novel dan gambar penulis INTERLOK dibakar, dipijak, dihenyak dengan kaki manusia-manusia yang menggelar diri mereka pejuang kaum).

9.40-10.15 pagi - Makan pagi dan sidang media (Penulis dan rakan tak mau makan sebab baru ja sarapan pagi, dan sudah tentunya sidang media itu untuk para pembentang, bukan untuk kami, tapi sekurang-kurangnya dapat pengalaman macam mana sidang media secara langsung berlaku...hehehehe)

10.15 - 10.45 pagi - Pembentang 1: Prof Madya Suhaimi Abdul Aziz (Pensyarah PPIK USM)
"Interlok dalam jaringan politik pecah dan perintah" Disebabkan Prof adalah seorang pensyarah sejarah, maka isu yang dibincangkan di sini dikaitkan dengan sejarah. Isu yang ditimbulkan di sini ialah Interlok dipolitikkan oleh pihak ke-3 dalam jaringan politik pecah dan perintah dengan membesarkan isu perkataan dan kasta yang wujud dan novel ini telah menjadi mangsa permainan politik golongan ke-3 tersebut. Prof cakap fikir-fikirlah sendiri sapa orang ke-3 tu. Sebanyak 80 ++ orang menjadi saksi, jadi tidak akan timbul isu orang ke-3 ni merujuk kepada sapa2 ye.

10.45 - 11.05 pagi - Pembentang ke-2: Prof Madya Subadrah Madhawa Nair (Pensyarah PPIlmu Pendidikan, USM). Isu yang ditimbulkan di sini banyak oleh Prof Subadrah dan pandangan tersebut dibuat dari sudut pendidik yang mana novel ini diguna pakai dalam sistem pendidikan negara, jadi kesannya adalah terhadap para pelajar.

11.05 - 11.30 pagi - Pembentang ke-3: Tuan Haji Azizi Haji Abdullah (Sasterawan, Pemenang Anugerah MASTERA dan SEA Write Award). Perbincangan dari sudut sorang ahli sastera yang terkilan dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang dangkal apabila melayan sebuah karya seperti sampah. Realitinya itu memang sikap orang Malaysia, terlalu mengagung-agungkan karya-karya orang luar....secara jujurnya penulis juga pernah mempunyai perasaan ini sebelum diperkenalkan dengan ilmu kesusateraan secara mendalam. Di sekolah penulis cuma didedahkan macam mana nak analisis satu komponen sastera secara asas sahaja, malah pada zaman penulis bergelar pelajar sekolah, karya-karya yang diketengahkan kepada penulis ialah karya Shakespeare, Blake, etc...(yang tidak dinafikan memang hebat tetapi mengapa tidak perbanyakkan karya-karya Malaysia yang besifat lebih dekat dengan budaya seorang Malaysia)

11.30 -12.35 tgh - Sesi perbincangan dan soal jawab (ooooo, panas-panas sungguh dewan itu, walaupun hakikatnya sangat sejuk waktu pembentangan proposal defense dulu, hehehehe) Banyak soalan, komentar yang ditimbulkan daripada pelbagai pihak, bahkan terdapat juga suara mahasiswa yang lantang bercakap yang mana ini menunjukkan kematangan mereka berfikir, malah ada jugak yang turun jauh dari UPM untuk turut serta dalam sesi ini. Prof Mohamad Haji Salleh, Dr. Fatimah Busu adalah antara sasterwan yang berada dalam dewan tersebut, dan penulis sangat-sangat teruja dapat berjumpa mereka secara 'live'...hehehe.

12.35-12.45 tgh - Deklamasi puisi oleh Marzuki Ali yang bertajuk "Yang Dicalar dan Yang Dibakar"....hebat, awatlah penulis tidak kreatif seperti mereka ya, nak tulis puisi, sedangkan pantun 4 kerat pun tak lepas...aihhhh

12.45 tgh - Bersurai dan penulis bergerak ke perpustakaan untuk memulangkan buku serta membayar denda...huhuhu RM 7.00 tuuu...

Jadi, konklusinya (berdasarkan kefahaman dan pendapat penulis yang daif):

Pertama, isu sensitif ini tidak akan timbul jika segelintir pihak tidak mempolitikkan novel ini, kerana sudah 40++ tahun novel ini diterbitkan.

Kedua, isu ini timbul apabila dijadikan komponen Sastera Tingkatan 5, kerana para pendidik merasakan perlunya fakta yang betul dalam novel tersebut bagi mengelakkan percanggahan fakta dalam kalangan pelajar. Dan pihak Kementerian telah bersetuju untuk meminda beberapa baris (16 baris) dan beberapa perkataan yang kurang sesuai bagi para pelajar. Hal ini telah dipersetujui oleh Abdullah Hussein sendiri.

Persoalannya, siapakah pihak ketiga tersebut? apakah agenda mereka mempolitikkan isu ini sehingga INTERLOK menjadi mangsa permainan politik mereka? Renung-renungkanlah setiap daripada kita Allah anugerahkan akal fikiran yang terletak di kepala yakni kedudukannya lebih tinggi dari hati yang kadangkala terbawa-bawa dengan emosi. ^_^

Kemudiannya, penulis suka akan satu persoalan yang ditimbulkan Prof Suhaimi, jika isu 'P' sangat sensitif dan perlu dipinda, bagaimana pula isu Melayu Malas yang turut wujud dalam novel tersebut? Kenapa tidak perlu dipinda sedangkan itu jugak satu bentuk stereotype kepada masyarakat Melayu. Adakah isu Melayu Malas ini tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu? Penulis sebagai seorang yang Allah jadikan dalam suku bangsa Melayu, yang meletakkan agama Islam sebagai jalan hidup, tidak boleh menerima stereotype ini bahawa Melayu malas kerana bukan semua melayu itu malas, sebab penulis tidak malas (boleh terima ke???? ini pandangan peribadi)

Kesimpulannya, Bicara INTERLOK anjuran USM ini sangat bagus kerana telah membuka pelbagai perspektif dan ruang bagi membicangkan secara intektual isu ini. Penulis bertuah dan bersyukur kerana hari ini   Allah telah memilih penulis untuk duduk sama dalam majlis tersebut. Alhamdulillah ^_^

Sekian sahaja...hmmm dah lama sungguh tak update blog ni. Adakah penulis sorang yang malas? =)

No comments:

Post a Comment