Wednesday, April 8, 2015

musim bersilih ganti...

Musim bunga datang lagi...

Menariknya ada beberapa perkara yang berlaku dalam proses pertukaran musim ini. 

Pertama (Waktu):

Perubahan waktu siang yang lebih panjang menunjukkan perubahan waktu solat juga berlaku. Menariknya kalau di Malaysia perubahan waktu solat adalah lebih kurang sama antara negeri, paling tidakpun mungkin berbeza detik minit sahaja. Contohnya, tahun 2014 berbuka puasa di Terengganu, dapat berbuka lebih awal daripada ibu ayah dan keluarga di utara. Tetapi tahun 2015 ini, berpeluang untuk berpuasa lebih daripada 12 jam. Semoga Allah permudahkan urusan ibadatku nanti. Kalau tengok hujung bulan April ni sahaja Isyak masuk pukul 10 malam. Subuh pula masuk seawal 4 pagi dan habis sekitar pukul 6. Menarik :) 

Kedua (Nak dilihat cantik):

Musim bunga adalah musim yang terbaik untuk buang jauh-jauh kot anda yang tebal-tebal itu. Pakaian pun kena ala-ala 'spring'. Ceria dan menarik. Tetapi, pandangan mata perlu dijaga. Bukan setakat masalah silau dek panas mentari tetapi juga pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan manusia-manusia yang berpakaian bertemakan 'musim bunga'. Apabila kot dan baju tebal boleh disimpan rapi dalam almari, maka pakaian 'musim bunga' yang nipis dan tidak cukup kain menjadi pilihan. Tidak kira lelaki atau perempuan semuanya akan ambil kesempatan untuk 'suit the weather'. Alahai...mataku...aduh. I opted to be different. Sebab tu baju musim sejuk boleh recyle pakai musim bunga, musim panas dan seterusnya. Konklusinya jimat duitku nak tukar-tukar baju. Menariknya kita yang tutup aurat ni pula jadi perhatian. :P

Ketiga (Bunga-bunga hati): 

Bunga-bunga dalam hati? Kata orang 'mood' manusia akan berubah jika kena dengan cuaca. Harapanku mood untuk menulis juga berubah setelah siang lebih panjang dari malam. Kesimpulannya lebih banyak masa yang perlu dihabiskan di perpustakaan nanti. Dan...dah nak masuk 7 bulan di sini sudah tentu soalan cepu emas dari sedara sekeliling tak boleh di elakkan. Bila lagi nak kahwin? Dah jumpa jodoh ke belum? Aih, banyak mata biru dan hijau kat situ tak kan lah takde yang berkenan? Memilih sangat ni...adoi...soalan sv pasal research pun masih boleh dijawab dek akal ini. Sabar. Allah kan ada. Soal jodoh, maut, rezeki semuanya pada Dia. Jadi kenapa kita perlu tekan orang lain dengan persoalan yang sudah tentu dia tak dapat jawab. Kepada yang suka bertanya, cubalah rasa empati pada yang ditanya. Konklusinya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini :)

Keempat (Detik-detik untuk berusaha): 

Bulan April dah bermula, tinggal sebulan lebih je sebelum submission. Inilah detik-detik berharga untuk menyiapakn penulisan supaya dapat upgrade dari tahun pertama ke tahun kedua. Semoga Allah permudahkan urusanku. Amin :)

Credit to Cik Zai for this springy picture :)


No comments:

Post a Comment